PETALING JAYA: Suami kepada pelakon, Nadia Kasumawati Abdul Karim, 50, mengimamkan solat jenazah isterinya sebelum Allahyarham dikebumikan di Pusat Perkuburan Dahaban, Jeddah, Arab Saudi semalam. Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, berkata, Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 7.35 pagi (waktu tempatan) mengikut ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi. Menurutnya, sebelum itu, kira-kira 500 jemaah hadir untuk solat jenazah pelakon tersebut di Masjid Al Thaniyan, Jeddah. “Jenazah sudah dimandikan oleh anak…










