Sepadu Bina Resources peruntuk RM60,000 baik pulih rumah asnaf - Utusan Malaysia

Sepadu Bina Resources peruntuk RM60,000 baik pulih rumah asnaf

SYARIFAH NURUL ASYIKIN AZEMMANT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sepadu Bina Resources memperuntukkan RM60,000 tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih rumah asnaf dan kediaman daif di seluruh negeri.

Pengarah Urusannya, Syarifah Nurul Asyikin Azemmant berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut memberi tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik, keluarga berpendapatan rendah serta pasangan yang mempunyai ramai tanggungan.

“Matlamat utama adalah memastikan kediaman mereka lebih selesa dan selamat, sekali gus membantu meringankan beban golongan asnaf dan keluarga B40 yang tidak mampu membaik pulih kediaman mereka yang rosak.

“Tahun lalu, sebanyak 12 buah rumah berjaya dibaik pulih menerusi inisiatif sama yang dijalankan secara berterusan bagi memberi impak positif kepada komuniti memerlukan.

“Usaha itu akan diteruskan daripada masa ke semasa sebagai komitmen syarikat terhadap kesejahteraan masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syarifah Nurul Asyikin berkata, selain komitmen terhadap kebajikan masyarakat, SBR turut menjadi pusat sehenti perkhidmatan dan penyelenggaraan rumah yang menyediakan perkhidmatan lengkap untuk kemudahan orang ramai.

“Syarikat ini menawarkan khidmat pemasangan dan penyelenggaraan pagar automatik serta pintu pagar, sistem keselamatan, kamera litar tertutup (CCTV) dan alat penggera.

“Turut ditawarkan kerja pendawaian dan paip, pemasangan serta servis penghawa dingin, kerja mengecat rumah dan atap, pembinaan siling dan baik pulih atap, pemasangan jerigi keselamatan, pintu kerja-kerja besi.

“Syarikat turut menawarkan kerja pemasangan kabinet dapur, hiasan dinding dan karpet serta kerja-kerja landskap termasuk mesin rumput dan menurap serta menampal jalan kecil,” katanya.

Menurutnya, menerusi komitmen tersebut, syarikat itu bukan sahaja rakan masyarakat dalam membina kehidupan lebih sejahtera dan inklusif, tetapi juga sebagai penyedia perkhidmatan rumah yang dipercayai dengan harga berpatutan serta tenaga kerja berpengalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN