PETALING JAYA: Susulan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Venezuela kelmarin, Kementerian Luar mengesahkan semua rakyat Malaysia di negara itu berada dalam keadaan selamat. Kementerian itu dalam kenyataan berkata, semua warganegara Malaysia yang berada di Venezuela telah berjaya dihubungi. “Kedutaan Besar Malaysia di Caracas, Venezuela telah berjaya menghubungi semua warganegara Malaysia yang berdaftar di Venezuela dan mengesahkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat serta telah dikenal pasti. “Kementerian juga sedang…










