Satu lagi kren pembinaan tumbang di Thailand, ragut dua nyawa

Satu lagi kren pembinaan tumbang di Thailand, ragut dua nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Satu lagi insiden kren pembinaan tumbang di Thailand hari ini, meragut sekurang-kurangnya dua nyawa, sehari selepas kejadian sama berlaku di timur laut negara itu.

Insiden terbaharu berlaku di wilayah Samut Sakhon berhampiran ibu negara Bangkok, apabila sebuah kren yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya bertingkat tumbang dan menghempap dua kenderaan.

Pegawai polis tempatan memberitahu Reuters, lima orang turut cedera dalam kejadian tersebut.

Kejadian itu merupakan yang terbaharu dalam siri kemalangan maut melibatkan projek pembinaan di Thailand, dan berlaku selepas sebuah kereta api tergelincir di wilayah timur Nakhon Ratchasima semalam, akibat kren tumbang melibatkan projek kereta api berkelajuan tinggi.

Insiden itu meragut 32 nyawa, manakala 66 daripada 195 penumpang di dalam kereta api itu turut cedera, kata pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN