PETALING JAYA: Ringgit didagangkan di bawah paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama dalam tempoh hampir lapan tahun manakala harga emas pula mencatat rekod baharu melepasi AS$5,000 (RM20,017.30) seauns atau RM644 segram. Semalam, mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada 3.9750/9800 berbanding 4.0020/4.0080 pada Jumaat, sebelum mengukuh pada 3.9660/9710 di akhir dagangan. Ringgit kali terakhir diniagakan pada paras yang sama adalah pada 24 Mei 2018…










