LUMUT: Penstrukturan semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menjejaskan kelayakan peminjam untuk memohon pinjaman perumahan pada masa hadapan seperti didakwa sesetengah pihak. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan tegas hanya akan diambil terhadap peminjam yang langsung tidak berusaha menghubungi PTPTN atau memaklumkan kedudukan kewangan mereka. “Tidak (dakwaan sukar mohon pinjaman). Yang kita ambil tindakan ini ialah kepada mereka yang langsung tidak pernah…










