Polis Kelantan buru suspek bom Thailand

Polis Kelantan buru suspek bom Thailand

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan giat memburu suspek-suspek insiden pengeboman 11 stesen minyak di selatan Thailand yang didakwa telah melarikan diri ke Malaysia melalui negeri ini sejurus insiden berdarah itu berlaku.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, susulan itu pasukan cawangan khas telah digerakan melakukan untuk mengesan kedudukan suspek terlibat.

“Mengikut kenyataan pihak berkuasa di sana pada hari pertama kejadian, mereka memberitahu pelaku sudah lari ke negara ini.

“Jadi, kita sudah berhubung dengan mereka (pihak berkuasa Thailand) untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi membantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia 16 Januari lalu melaporkan, sebahagian daripada kumpulan yang mengebom lima stesen minyak di Narathiwat diperca­yai melarikan diri ke Malaysia selain bersembunyi di kawasan pegunungan dan hutan berhampiran sempadan.

Sumber keselamatan berkata, salah seorang daripada dua suspek yang ditahan kelmarin didapati membuat persiapan untuk melarikan diri ke Malaysia semasa serbuan dijalankan di Mukim Tha Saap, daerah Mueang, Yala.

Katanya, hasil soal siasat awal oleh pasukan khas Bahagian Siasatan Polis Wilayah Yala mendapati, suspek berusia 39 tahun sedang membuat persediaan untuk melarikan diri ke Malaysia dalam masa terdekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN