PN mampu tawan Putrajaya jika Pas ketuai gabungan

PN mampu tawan Putrajaya jika Pas ketuai gabungan

ISKANDAR HASSAN TAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) memiliki peluang menawan Putrajaya sekali gus mentadbir negara pada masa depan sekiranya Pas diberi mandat mengetuai gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik, Dr. Is­kandar Hassan Tan Abdullah berkata, kedudukan Pas sebagai parti dominan dalam PN mampu merangka strategi jangka panjang lebih berkesan bagi menghadapi proses demokrasi itu.

“Pas kini memiliki 43 kerusi Parlimen sekali gus menjadikannya parti paling dominan dalam gabungan tersebut. Secara logiknya, kepemimpinan perlu diterajui oleh parti yang mempunyai kekuatan sebenar di Parlimen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Iskandar berkata, sasaran Pas untuk memenangi 80 kerusi Parlimen pada PRU16 juga mengukuhkan hujah bahawa parti itu perlu diberikan peranan menerajui PN.

Katanya, situasi itu boleh diumpamakan seperti sebuah kapal yang memerlukan nakhoda jelas untuk menentukan hala tuju tanpa gangguan atau cabaran dalaman, khususnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Beliau berkata, kepemimpinan Pas dalam PN penting bagi mencerminkan kematangan parti itu dalam mengurus kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu dan bukan Islam dalam gabungan tersebut.

“Sebagai ketua gabungan, Pas perlu bersikap toleransi dan terbuka. Setiap keputusan yang dibuat menjadi cerminan kematangannya dalam meyakinkan masyarakat bukan Islam terhadap PN,” katanya.

Menurut beliau, Pas perlu menampilkan poster boy sendiri tanpa campur tangan parti lain mampu membina naratif politik yang lebih kukuh, khususnya jika gabungan itu berjaya menawan Putrajaya kelak.

Katanya, Pas bukan lagi parti yang dilihat bersifat retorik semata-mata sebaliknya terbukti mampu merealisasikan janji berdasarkan pengalaman mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN