Pengguna dakwa lori punca jalan LTU rosak

Pengguna dakwa lori punca jalan Lingkaran Tengah Utama (rosak

SEBUAH lori melalui jalan yang baharu dibaiki di kawasan projek Lingkaran Tengah Utama di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Kampung Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengguna men­dakwa kerosakan pada permukaan jalan berhampiran projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di laluan Gua Musang–Kuala Lipis, dekat sini berpunca daripada kenderaan berat, terutama lori yang menggunakannya.

Seorang penduduk , Ibrahim Ismail, 64, berkata, laluan berhampiran Projek LTU di Taman Wangi dan Kampung Lepan Jaya yang menjadi laluan ke Kuala Lumpur sering berlaku kerosakan dengan turapan berlubang dan pecah.

Katanya, pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas kerap melalui jalan berkenaan terutama dekat LTU Taman Wangi walaupun papan tanda larangan untuk laluan kenderaan berat diletakkan.

“Ramai pengguna berdepan kerosakan terutaman tayar dan rim akibat jalan rosak kerana tidak sempat mengelak lubang.

“Kami minta kepada pihak berwajib supaya memantau kenderaan berat dan kalau boleh sebelum Ramadan ini kami minta jalan diselenggara secara berkala agar tidak menyusahkan para perantau yang balik beraya,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Razaleigh Mahmod, 45, berkata, pemandu kenderaan berat sepatutnya menggunakan jalan Gua Musang-Kampung Pulai.

Katanya, sebelum ini banyak kes kenderaan pengguna rosak akibat jalan berlubang serta mendap sebelum pihak berwajib terpaksa menyelenggara dan menurap semula jalan berkenaan.

“Kami harap pemandu kenderaan berat lebih bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga jalan yang ada di sekitar Gua Musang. Penyelenggaraan jalan secara berkala perlu dilakukan bagi mengelak lebih banyak kenderaan rosak atau tayar pecah,” ujarnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN