Pekerja terkejut bom sepanjang 58 cm di ladang sawit

Pekerja terkejut bom sepanjang 58 cm di ladang sawit

BOM yang ditemukan disebuah ladang sawit dekat Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Pekerja di sebuah ladang sawit berhampiran Gua Ikan di sini hari ini terkejut selepas menemukan sebutir bom lama.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan bom itu pada pukul 12,28 tengah hari

Katanya, sepasukan pihak polis telah digerakkan ke lokasi dan membuat kawalan keselamatan termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

“Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati bom tersebut dari jenis Aerial ‘bom-airdrop’ sepanjang 58 sentimeter (CM).

“Kerja-kerja memusnahkan bom itu selesai pada pukul 5.56 petang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, orang ramai yang menjumpai objek atau benda menyerupai bahan letupan diminta segera melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN