ROMPIN: Biarpun usianya semakin lanjut menghampiri 60 tahun, Musa Said atau mesra dipanggil Pak Musa masih gagah membawa pengunjung menyusuri hutan tropika di pusat peranginan Pulau Tioman di sini. Pak Musa malah digelar sebagai ‘perpustakaan hidup’ kerana kepakarannya mengenali burung, mamalia, reptilia, serangga dan amfibia di pulau itu. Penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Madya Dr. Abdul Syukor Abd. Razak berkata, Pak Musa mampu membezakan suara burung enggang…










