SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan menyegerakan kajian penilaian impak alam sekitar (EIA) dan sosial (SIA) sebelum melaksanakan pembangunan ladang ternakan babi berpusat di Bukit Tagar, Hulu Selangor. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kajian juga akan mengenal pasti segala risiko serta menentukan jarak kedudukan kawasan perumahan yang paling hampir. Katanya, langkah tersebut untuk menyegerakan pemindahan ladang-ladang sedia ada di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang melibatkan 69 pengusaha daripada…










