PETALING JAYA: Pengusaha kebun durian menggesa kerajaan membantu dalam peralihan kepada kebun durian moden yang lebih tersusun dan mampan. Langkah tersebut dilihat sebagai langkah penyelesaian bagi menstabilkan industri durian yang kini berdepan isu lambakan, kualiti tidak seragam dan kebergantungan kepada orang tengah. Seorang pekebun durian sepenuh masa, Zurfahiz Hussin, 47, berkata, ketiadaan hala tuju jelas dalam industri durian menyebabkan petani masih terikat dengan sistem pengredan dan harga pasaran yang sepenuhnya…








