Kelantan TRW catat kemenangan selepas enam kekalahan - Utusan Malaysia

Kelantan TRW catat kemenangan selepas enam kekalahan

Muhamad Nor Azam Abdul Azih (kiri) cuba menghalang pemain Sabah FC pada aksi Liga Super di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) mencatat kemenangan 3-2 ke atas Sabah FC setelah merekodkan enam kekalahan berturut-turut pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberikan apa-apa makna buat skuad bimbangan Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang masih berada di kelompok tiga terbawah dalam carta Liga Super.

Pada perlawanan itu, Alexandre Primael Yeoule meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit keenam sebelum pelawat mengikat kedudukan menjadi 1-1 sembilan minit kemudian menerusi Darren Lok.

Minit ke-16, Simen Alexandre Lyngbo menambah gol kedua Kelantan TRW selepas tenang menanduk masuk bola hantaran Yeoule.

Muhammad Asraf Aliffuddin Yassin mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-23 dan keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, Sabah terus menggandakan asakan dalam usaha merapatkan jurang gol sekali gus memaksa pasukan tuan rumah bekerja keras untuk menyerap setiap tekanan diberikan.

Usaha keras The Rhinos akhirnya membuahkan hasil apabila Ajdin Mujagic menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti pada minit 90+5, namun keputusan 3-2 itu kekal sehingga tamat permainan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN