PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil berjumlah RM76.18 bilion sehingga 31 Disember tahun lalu. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, jumlah itu lebihan RM8.93 bilion berbanding unjuran hasil awal tahun sebanyak RM67.25 bilion. Beliau berkata, sebagai perbandingan hasil tahunan, kutipan hasil bagi tahun 2024 berjumlah RM65.57 bilion, manakala tahun lalu jumlah tersebut meningkat kepada RM76.18 bilion. Menurutnya, peningkatan itu mencatatkan pertambahan kutipan hasil sebanyak…










