PASIR SALAK: Keadaan jalan yang rosak teruk di Kampung Batu Hitam di sini menimbulkan rungutan penduduk kerana jalan itu menjejaskan perhubungan serta keselamatan mereka. Ini kerana, jalan berkenaan merupakan satu-satunya akses utama yang menghubungkan kampung tersebut dengan pekan kecil Kampung Gajah selain menjadi laluan pintas ke beberapa kawasan sekitar termasuk Bota, Lambor dan Pasir Salak. Tinjauan mendapati sebahagian besar laluan itu dipenuhi lubang serta berlumpur malah keadaannya bertambah buruk akibat…










