Iran buka semula ruang udara selepas lima jam ditutup

Iran buka semula ruang udara selepas lima jam ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran membuka semula ruang udaranya selepas hampir lima jam ditutup, berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memaksa beberapa syarikat penerbangan membatalkan, mengubah laluan atau menangguhkan perjalanan.

Negara itu menutup ruang udaranya kepada semua penerbangan, kecuali penerbangan antarabangsa ke dan dari Iran yang mendapat kebenaran rasmi pada petang Rabu waktu tempatan, menurut laman web Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Notis itu dikeluarkan semula hampir sebelum pukul 10 malam waktu tempatan, menurut perkhidmatan penjejakan Flightradar24, yang menunjukkan lima penerbangan daripada syarikat penerbangan Iran, Mahan Air, Yazd Airways dan AVA Airlines, antara yang pertama menyambung semula penerbangan di ruang udara negara itu.

Pada waktu sama minggu lalu, terdapat puluhan pesawat yang sedang beroperasi di ruang udara Iran, kata Flightradar24.

Penutupan sementara itu berlaku ketika Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan tindak balas terhadap situasi di Iran, yang menyaksikan protes anti-kerajaan terbesar dalam beberapa tahun.

AS sedang menarik sebahagian kakitangannya dari pangkalan di Asia Barat, kata seorang pegawai AS pada Rabu, selepas seorang pegawai kanan Iran memberitahu negara jiran Tehran akan menyerang pangkalan Amerika jika Washington bertindak terlebih dahulu.

Serangan peluru berpandu dan dron di banyak zon konflik mewakili risiko tinggi terhadap keselamatan penerbangan.

Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo berkata, beberapa penerbangan antarabangsanya terjejas oleh penutupan ruang udara Iran secara tiba-tiba pada Rabu.

Air India berkata, penerbangannya menggunakan laluan alternatif yang boleh mengakibatkan kelewatan atau pembatalan.

Satu penerbangan oleh Aeroflot Russia yang menuju ke Teheran kembali ke Moscow selepas penutupan pada Rabu itu, menurut data Flightradar24.

Jerman pada Rabu juga mengeluarkan arahan baharu yang memberi amaran kepada syarikat penerbangan negara itu daripada memasuki ruang udara Iran, sejurus selepas Lufthansa mengubah operasi penerbangannya di seluruh Timur Tengah di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di rantau ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN