Greenland tolak AS, pilih kekal bersama Denmark

Greenland tolak AS, pilih kekal bersama Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen, menegaskan rakyatnya akan memilik untuk kekal bersama Denmark berbanding menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat (AS).

Beliau menyatakan pendirian tegas itu dalam sidang media bersama Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, di Copenhagen semalam, susulan ancaman Presiden Donald Trump untuk mengambil alih pulau Artik tersebut.

“Kami kini berdepan krisis geopolitik, dan jika kami terpaksa memilih antara AS dan Denmark pada saat ini, kami memilih Denmark,” katanya.

Trump sejak beberapa tahun lalu sering menyuarakan hasrat untuk membeli atau menggabungkan wilayah Artik itu, dan meningkatkan lagi ketegangan apabila menyatakan rancangan AS merampas wilayah melalui apa juga cara.

“Satu perkara mesti jelas kepada semua orang, Greenland tidak mahu dimiliki oleh AS. Greenland tidak mahu ditadbir oleh AS. Greenland tidak mahu menjadi sebahagian daripada AS,” kata Nielsen.

Sementara itu, Frederiksen berkata, bukan mudah untuk berdepan tekanan yang disifatkannya sebagai tidak boleh diterima daripada sekutu terdekat.

“Namun, terdapat banyak petunjuk bahawa bahagian paling mencabar masih menanti di hadapan,” kata Frederiksen.

Trump sebelum ini menegaskan AS memerlukan Greenland atas alasan keselamatan negara.

“Sudah tentu kami mahu memperkukuh kerjasama keselamatan di Artik bersama AS, Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Eropah serta negara-negara Artik dalam NATO,” tegas Frederiksen.

Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen dan rakan sejawatnya dari Greenland, Vivian Motzfeldt dijadualkan bertemu Naib Presiden AS, J.D. Vance, serta Setiausaha Negara, Marco Rubio, di Rumah Putih pada Rabu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN