PENDANG: Tiada yang paling menggembirakan buat sepasang suami isteri apabila anak kesayangan mereka yang menghidap kanser akan menjalani pemindahan hati di Shanghai, China dengan kos RM185,000. Dana untuk membiayai pembedahan Muhammad Arash Zulkarnain Mohamad Fariz Najdi, 3, yang kisahnya tersiar di akhbar ini pada Disember lepas kini mencukupi hasil kutipan dermawan sekali gus memberi harapan kepada keluarganya. Ibu kanak-kanak itu, Nor Syatirah Zairenor, 31, yang juga penderma hati untuk anaknya…










