KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Ke-23, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar akan menggunakan sistem keadilan negara untuk menjawab segala tuduhan yang dikenakan terhadapnya sekaligus membersihkan namanya daripada sebarang tohmahan. Malah, Mohd. Nizam sanggup menangguhkan dan menjadualkan semula tiga prosedur pembedahan bagi memberi ruang kepada siasatan ke atasnya dilengkapkan segera. Perkara itu dinyatakan oleh peguam belanya, Abdul Aziz Hamzah ketika mengemukakan rayuan bagi mengurangkan jumlah ikat jamin yang dicadangkan…










