Bekas ADUN Chetok meninggal dunia hari ini

Bekas ADUN Chetok meninggal dunia hari ini

ABDUL Halim Abdul Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok bagi penggal 2024 hingga 2018 Abdul Halim Abdul Rahman, 65, meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang sebelum ini terkena serangan penyakit angin ahmar dan darah tinggi menghembuskan nafas terakhirnya di rumah di Kampung Tok Dap, Tok Ubah dekat sini pada pukul 3 petang tadi.

Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dalam satu hantaran di laman sosial Facebook menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Sebulan yang lalu, saya sempat menziarahi beliau di kediamannya. Ketika itu, kami berbual ringkas, berkongsi kenangan dan bertanya khabar dalam suasana yang penuh keakraban. Tidak terlintas di hati bahawa pertemuan tersebut menjadi antara yang terakhir.

“Hari ini, saya menerima khabar yang amat menyedihkan tentang pemergian seorang sahabat baik, Allahyarham Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman, mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Chetok,” tulisnya.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, Allahyarham dikenang sebagai seorang yang istiqamah, rendah hati, ikhlas berbakti serta sentiasa mendahulukan kepentingan agama dan rakyat.

Sementara itu, ADUN Chetok Zuraidin Abdullah menyifatkan pemergian arwah satu kehilangan besar buat Pas di kawasan Chetok.

Katanya, sepanjang tiga penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat, Allahyarham telah memberikan sumbangan bakti terbaik kepada masyarakat di Chetok.

“Solat jenazah akan dilakukan pada pukul 11 malam ini di Masjid Mukim Gelam, Tok Uban,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN