Ahli Kongres Demokrat diserang semasa berucap di Minneapolis

Ahli Kongres Demokrat diserang semasa berucap di Minneapolis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINNEAPOLIS: Wakil Kongres Amerika Syarikat (AS) dari Minnesota, Ilhan Omar, diserang seorang lelaki semasa mengadakan mesyuarat town hall di Minneapolis semalam.

Dalam kejadian itu, Ilhan disembur dengan bahan yang tidak diketahui oleh lelaki terbabit sebelum suspek ditahan oleh pengawal keselamatan.

Agensi berita Reuters melaporkan, Ilhan tidak mengalami kecederaan dalam serangan itu, dan pihak berkuasa belum mendedahkan bahan yang digunakan suspek atau sama ada pertuduhan difailkan terhadap penyerang.

Suspek dibawa keluar dari premis tersebut manakala Ilhan, yang kerap menjadi sasaran dan kritikan Presiden Donald Trump meneruskan ucapannya.

“Kami akan terus bersabar menghadapi apa sahaja yang dilemparkan kepada kita,” katanya.

Insiden itu berlaku hanya beberapa saat selepas Ilhan menyeru agar Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) dibubarkan dan meminta Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem, meletakkan jawatan.- AFP/AL JAZEERA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN