7 anggota polis ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab - Utusan Malaysia

7 anggota polis ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab

YAHAYA OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tujuh anggota polis antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah kedai di Mentakab, Temerloh semalam.

Mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai berpangkat Inspektor dan lima anggota berpangkat Koperal serta Lans Koperal.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2.15 pagi itu dua wanita warga Thailand dan seorang lelaki warga tempatan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai dan anggota berkenaan.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 an dan kini direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan sekiranya didapati bersalah, penyelia mereka juga akan dikenakan tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN