PETALING JAYA: Seramai 15 pegawai tentera terbabit aktiviti tidak bermoral dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’ dalam kem tentera akan dikenakan tindakan termasuk pendakwaan di Mahkamah Tentera. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, kementeriannya mempunyai peraturan disiplin jelas yang tidak membenarkan sebarang perlakuan mencemarkan budaya ketenteraan, sama ada tentera darat, tentera laut atau tentera udara. Katanya, tindakan akan diambil di peringkat dalaman melalui penubuhan jawatankuasa siasatan sebelum kes pelanggaran disiplin dibawa ke…










