KUANTAN: Veteran UMNO Paya Besar menyuarakan kebimbangan bahawa isu Titah Adendum Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpotensi menjadi percubaan bagi menghakis kuasa Raja-raja Melayu. Pengerusi Veteran UMNO Paya Besar, Mohamed Ghazali Josoh berkata, sejarah penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor perlu dijadikan iktibar kerana ketika itu rakyat bangkit menentang Malayan Union yang cuba melemahkan institusi raja.…










