PETALING JAYA: Fungsi pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini dilihat lebih banyak menimbulkan persoalan, selepas pelbagai isu timbul sejak beberapa tahun lalu terutama berkaitan masalah pendatang tanpa izin (PATI). Walaupun UNHCR berperanan dalam aspek kemanusiaan untuk melindungi individu yang melarikan diri daripada konflik dan penindasan, kehadiran pelarian di negara ini menimbulkan masalah dalam aspek kesihatan awam, kebersihan dan penguatkuasaan. Apatah lagi, pengeluaran kad pelarian…










