SUNGAI PETANI: Walaupun sudah 21 tahun bencana tsunami melanda Kampung Kepala Jalan, Kuala Muda di sini, namun kejadian pada pukul 1.15 petang, 26 Disember 2004 masih sukar dipadam daripada ingatan penduduk. Ditambah lagi dengan kejadian terbaharu di Aceh yang dibadai Taufan Senyar pada 22 November lalu, mengakibatkan 49 kematian dan banyak kerosakan dialami penduduk, kejadian itu membuatkan mangsa di Kuala Muda kembali trauma kerana bimbang tragedi bakal berulang. Rata-rata penduduk…










