Najib kekal di penjara, Titah Adendum tidak sah

Najib kekal di penjara, Titah Adendum tidak sah

NAJIB Razak ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan Titah Adendum, hari ini-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan di rumah sebagai tidak sah.

“Sehubungan itu, perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,”ujar Hakim Hakim Alice Loke Yee Ching.

Dengan keputusan itu, Najib akan terus kekal di Penjara Kajang sehingga tamat hukumannya.

Terdahulu, Hakim Yee Ching menyatakan Titah Adendum itu tidak pernah dibincangkan mahupun diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61.

“Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak boleh membuat keputusan seorang diri. Perlaksanaan prerogative of mercy (Kuasa Pengampunan Diraja) mestilah mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” kata hakim itu.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN