KUALA LUMPUR: Tiga rakan masing-masing didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengganggu seorang pemandu e-hailing yang membuat pinjaman wang tanpa lesen, November lalu. Tertuduh, Cheah Li Ting, 19; Yeoh Zong Cheng, 21; dan Lam Chee Seng, 20, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu sebagai pihak yang mewakili pemberi pinjaman wang tanpa lesen sah telah mengganggu seorang…










