KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh keputusan berhubung pelantikan pemegang amanah bagi mendepositkan wang ganti rugi melebihi RM32 juta yang diperintahkan dibayar kepada keluarga paderi, Raymond Koh. Hakim Su Tiang Joo menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan pihak defendan untuk mengemukakan afidavit balasan bagi membangkitkan beberapa isu undang-undang serta menyatakan pendirian berhubung implikasi kewangan terhadap kerajaan. Ketika prosiding, peguam Datuk Jerald Gomez…










