KUALA LUMPUR: Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) merupakan undang-undang ‘drakonian’ yang disalahgunakan bagi menahan individu yang tidak menimbulkan ancaman keselamatan negara. Pandangan itu diberikan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang menyifatkan terdapat undang-undang lain seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) untuk menangani keganasan dan jenayah ganas serta Kanun Keseksaan bagi menutup kekurangan undang-undang lain. “Apakah peruntukan yang tiada dalam Kanun Keseksaan untuk menangani jenayah terancang? Mengapa…










