PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan rasuah. Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki pada sidang akhbar di sini, hari ini. Azam berkata, Shamsul Iskandar dan Tei dijangka berdepan lima pertuduhan berkaitan rasuah dan akan dituduh masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah…










