LUMUT: Pantai Teluk Batik di sini kembali dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas kerja-kerja baik pulih kawasan pantai yang dilaksanakan susulan kejadian hakisan ombak hujung bulan lalu kini sudah siap sepenuhnya. Peniaga makanan, Syuaibattul Rabiatul Addawiyah Jaafar Sidek, 29, gembira kerana pengunjung sudah kembali ke pantai itu selepas kurang pengunjung berikutan kehadiran buaya di pantai berkenaan beberapa bulan lalu. Katanya, kerosakan teruk pada sebahagian besar pantai di Teluk Batik akibat…










