KUALA LUMPUR: Tiga Menteri Kabinet mengangkat sumpah di Dewan Negara, semalam sebagai Senator untuk penggal kedua. Mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Upacara mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah di Bangunan Parlimen, semalam.…










