Rusuhan di Pasar Awam Melor, 10 individu direman empat hari - Utusan Malaysia

Rusuhan di Pasar Awam Melor, 10 individu direman empat hari

TANGKAP layar pergaduhan di Pasar Awam, Melor, Kelantan kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 10 individu termasuk lima wanita yang terlibat dengan rusuhan di Pasar Awam di sini kelmarin di direman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman ke atas semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Kesemua mereka direman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam.

Terdahulu, dua wanita sudah direman selama empat hari bermula semalam hingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes yang sama.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, polis menahan 12 individu yang terdiri daripada lima lelaki dan tujuh wanita bagi membantu siasatan berhubung rusuhan di Pasar Awam Melor di sini.

Kejadian pukul 2.30 petang itu menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, tangkapan itu dilakukan selepas mangsa berusia 19 tahun tampil membuat laporan mendakwa dirinya dikasari seorang wanita lain berusia lingkungan 20-an.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN