KUALA LUMPUR: Sebanyak RM21 juta sudah diterima Kementerian Kesihatan (KKM) daripada penyaluran kutipan duti eksais bagi minuman bergula (SSB) untuk tujuan perolehan ubat Sodium-Glucose Transport Protein 2 (SGLT2) inhibitors bagi rawatan diabetes, masalah jantung dan buah pinggang. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia sudah diagihkan ke semua negeri pada September lalu dan memberikan manfaat kepada 49,128 pesakit. Katanya, sejumlah RM54.9 juta berjaya dikutip kerajaan melalui duti eksais…










