Pesakit obesiti 150 kg dibantu 18 anggota APM ke hospital

Pesakit obesiti 150 kg dibantu 18 anggota APM ke hospital

ANGGOTA APM berganding bahu membawa pesakit obesiti ke Hospital Bachok, Kelantan untuk mendapatkan rawatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang pesakit obesiti dengan berat badan 150 kilogram (kg) terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi mengangkat dan mengusungnya untuk dibawa ke Hospital Bachok di sini hari ini.

Timbalan Pengarah APM negeri Mohd. Farid Ishak berkata, seramai 18 anggota termasuk pegawai dari Bachok dan Pasir Puteh telah terlibat dengan operasi berkenaan.

Katanya, pesakit wanita dari Teluk Kemunting di sini itu telah dihantar ke hospital menggunakan lori APM Pasir Puteh.

“Tindakan dan koordinasi memastikan proses pemindahan berjalan lancar sepanjang operasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Farid memberitahu, usaha itu mencerminkan komitmen APM dalam memberikan bantuan kecemasan serta sokongan kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan khas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN