TAMPIN: Peniaga gerai makanan di Taman Clonlee di sini mendakwa terjejas sumber pendapatan apabila tidak menerima bekalan elektrik sejak lima bulan lalu. Seorang peniaga, Jefferi Ahmad, 67, berkata, isu tersebut menimbulkan persoalan kerana semua kerja pendawaian, pemasangan tiang serta kelengkapan kotak meter telah siap sepenuhnya. “Semua pendawaian (wiring), tiang dan kotak meter sudah siap. Kami difahamkan pihak Majlis Daerah Tampin (MDT) sudah serahkan semua dokumen dan kertas kerja kepada pihak…










