BUKIT MERTAJAM: Seorang pemilik sauna bersama enam individu lain yang dipercayai terlibat dengan aktiviti seksual songsang di sebuah premis di Perai minggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam. Pemilik sauna, Khor Yik Keian, 57, yang juga seorang penghidap HIV didenda sebanyak RM8,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu berisiko menularkan jangkitan tersebut kepada orang lain serta memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya. Tertuduh membuat pengakuan berkenaan…









