HULU LANGAT: Penarahan bukit secara haram berhampiran Taman Damai, Batu 18, dikesan pihak berkuasa dan dipercayai menjadi punca utama kejadian banjir yang berulang melanda daerah ini sejak bulan lalu. Ketua Kampung Batu 18, Mohammad Firdauz Mohd. Ayob, berkata, kerja tanah yang dijalankan di atas bukit itu mengakibatkan bertan-tan pasir serta lumpur turun ke longkang penduduk, sekali gus menyebabkan longkang dan parit tersumbat setiap kali hujan lebat. Katanya, beliau bersama pegawai…










