MELAKA: Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkhalwat di rumah kekasihnya pada 11 September lalu dan tengah malam tadi. Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ibrahim Bacha, 49, selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan…










