LUMUT: Seramai 25 orang nelayan laut di kawasan Batu 8, Lekir, Sitiawan di sini menerima sumbangan khas bencana alam daripada kerajaan negeri berikutan kerosakan peralatan menangkap ikan termasuk sampan akibat air pasang besar baru-baru ini. Menurut seorang nelayan, Muhammad Haris Jamin, 34, yang juga orang kelainan upaya (OKU), dia tidak dapat turun ke laut hampir seminggu disebabkan air pasang besar. “Hujan lebat pada 14 Disember lalu menyebabkan sampan rosak teruk,…










