Mounjaro, Labubu perkataan paling kerap disalah sebut

Mounjaro, Labubu perkataan paling kerap disalah sebut

UBAT penurun berat badan Mounjaro kerap disebut dengan cara salah, di mana sebutan tepatnya adalah 'mown-JAHR-OH'.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ubat penurun berat badan, Mounjaro dan bintang bola sepak, Michelle Agyemang antara beberapa perkataan serta nama yang paling sukar disebut sepanjang 2025, termasuk oleh pembaca berita, ahli politik dan tokoh awam.

Menurut pakar bahasa dari platform Babbel, senarai tersebut turut merangkumi muzium ikonik Perancis, Louvre, yang menjadi tajuk utama tahun ini susulan kes rompakan barang kemas berprofil tinggi.

Bekerjasama dengan British Institute of Verbatim Reporters (BIVR), badan yang bertanggungjawab terhadap kapsyen di televisyen, pakar menjelaskan sebutan tepat bagi setiap perkataan yang sering disalah sebut.

“Tahun 2025 memperlihatkan pelbagai nama, jenama dan rujukan budaya yang mencabar kemampuan sebutan walaupun bagi seorang penutur paling yakin.

“Senarai tahun ini dipengaruhi oleh berita global, lagu viral dan istilah perubatan yang menjadi tajuk utama. Semua ini memasuki perbualan harian sambil membawa ‘teka-teki’ sebutan masing-masing,” pakar linguistik dan budaya Babbel, Noel Wolf.

Data menunjukkan antara perkataan yang paling kerap disalah sebut pada 2025 adalah nama keluarga penyerang England dan pemain Arsenal, Michelle Agyemang.

Agyemang muncul sebagai bintang Euro 2025, beberapa kali menyelamatkan pasukan Lionesses sebelum dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik.

Nama keluarganya, yang bermaksud ‘penyelamat negara’ dalam bahasa Ghana, disebut sebagai ‘Ah-jeh-man’, jelas pakar.

Eowyn, ribut besar pertama di United Kingdom bagi tahun ini, turut menimbulkan kekeliruan di studio penyiaran. Ramai penyampai menyebutnya sebagai ‘air-wyn’, sedangkan sebutan tepat adalah ‘ah-OH-win’.

Sementara itu, perkataan ‘Knafeh’, yang dikaitkan dengan coklat pistachio viral dari Dubai, sebenarnya disebut ‘cah–NEFF–eh’.

Ubat penurun berat badan Mounjaro juga kerap disebut dengan cara salah, menurut pasukan penyelidik.

Sebutan yang tepat menekankan dua suku kata terakhir, iaitu ‘mown-JAHR-OH’, dengan mown disebut seperti permulaan perkataan ‘mountain’, manakala patung kultus koleksi Labubu pula disebut sebagai ‘luh–BOO–boo’.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN