Microsoft dituduh bantu Israel bunuh rakyat Gaza

Microsoft dituduh bantu Israel bunuh rakyat Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Microsoft kini berdepan penelitian undang-undang dan etika berikutan dakwaan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

Gabungan organisasi undang-undang dan hak asasi manusia mengeluarkan notis rasmi kepada gergasi teknologi itu, menuduhnya membantu serta menyokong jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai, dengan sengaja menyediakan teknologi yang digunakan tentera Israel dalam serangan berterusan ke atas wilayah tersebut.

Surat itu, yang dihantar pada 2 Disember oleh kumpulan termasuk Pusat Hak Perlembagaan, Avaaz, GLAN (Global Legal Action Network), dan Pusat Sokongan Perundangan Eropah, memberi notis kepada Microsoft dan eksekutif kanannya tentang potensi pendedahan mereka kepada liabiliti sivil serta jenayah di bawah undang-undang antarabangsa dan domestik.

“Terdapat asas yang munasabah dan boleh dipercayai Microsoft, melalui penyediaan teknologi dan perkhidmatan kepada tentera Israel, memainkan peranan langsung dalam pelaksanaan jenayah berat Israel,” menurut surat itu.

Ia turut menghuraikan bagaimana perkhidmatan pengkomputeran awan dan AI Microsoft digabungkan dalam sistem pengawasan besar-besaran dan mekanisme penentuan sasaran Israel.

Gabungan itu menekankan serangan Israel ke atas Gaza mengorbankan lebih 70,000 rakyat Palestin sejak Oktober 2023, dengan lebih 170,000 lagi cedera.

Infrastruktur musnah, kebuluran merebak, dan hampir keseluruhan penduduk Gaza telah dipindahkan.

Bagaimanapun, Microsoft terus memperkukuh hubungan tentera Israel, dengan dokumen dalaman menunjukkan peningkatan mendadak dalam penjualan perkhidmatan awan dan AI kepada unit-unit Israel yang terlibat secara aktif dalam kempen genosid tersebut.

Antara pendedahan paling mengejutkan ialah kerjasama Microsoft dengan Unit 8200 Israel, sebuah unit perisikan tentera yang bertanggungjawab untuk mengawasi rakyat Palestin.

Jurutera Microsoft membangunkan platform Azure awan khusus yang digunakan untuk menyimpan lebih 11,500 terabait panggilan telefon dan data rakyat Palestin yang dipintas, membolehkan penyediaan ‘senarai sasaran’ untuk serangan udara.

Gergasi teknologi itu juga menjual beribu jam sokongan kejuruteraan kepada Kementerian Pertahanan Israel, dan perkhidmatan mereka menyokong unit tentera dan aplikasi utama seperti Unit Ofek, Mamram, Unit 81, dan Al-Munaseq, yang kesemuanya terlibat dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN