MB Perlis dikejarkan hospital selepas mengadu sakit dada, keadaan dilapor stabil - Utusan Malaysia

MB Perlis dikejarkan hospital selepas mengadu sakit dada, keadaan dilapor stabil

Mohd. Shukri Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas kembali daripada urusan luar negara.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis, Mohamad Azreen Jumri berkata, Mohd. Shukri mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital itu selepas mengadu sakit dada.

Beliau berkata, setakat ini, Mohd. Shukri juga berada dalam keadaan stabil.

“Mohon semua rakyat Perlis mendoakan agar beliau sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shukri difahamkan hadir bagi mengikuti Karnival Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) berlangsung di Shanghai, China.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN