Loket radioaktif dianggap 'azimat' dirampas di lapangan terbang

Loket radioaktif dianggap ‘azimat’ dirampas di lapangan terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALIAN: Seorang penumpang yang baharu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhoushuizi di Dalian, wilayah Liaoning, dikesan membawa roket radioaktif yang mencetuskan penggera semasa saringan kastam.

Loket itu, yang dianggap penumpang itu sebagai ‘azimat’ daripada rakan, merekodkan 168.6 mikrosievert (µSv) sejam, 1,686 kali ganda melebihi tahap radiasi latar normal.

Had pendedahan awam Agensi Tenaga Atom Antarabangsa kepada radiasi pengion ialah 1 millisievert (mSv) setahun, selain daripada apa yang biasanya diterima seseorang daripada radiasi latar belakang semula jadi.

Analisis lanjut mengenal pasti bahan radioaktif itu sebagai torium-232, suatu bahan yang diklasifikasikan oleh Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai karsinogen Kumpulan 1 kerana kemampuannya menyebabkan kanser pada manusia.

Kastam Dalian merampas barang tersebut dan mengingatkan para pelancong supaya menyemak komposisi pembelian antarabangsa bagi mengelakkan risiko kesihatan dan kerugian kewangan.

Barang radioaktif yang melebihi piawaian keselamatan akan dirampas dan diserahkan kepada agensi khusus atau dipulangkan ke tempat asalnya.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN