Limpahan Sungai Belat, Sungai Kuantan akibat hujan lebat, tiga PPS dibuka di Kuantan - Utusan Malaysia

Limpahan Sungai Belat, Sungai Kuantan akibat hujan lebat, tiga PPS dibuka di Kuantan

ANGGOTA bomba memberi bantuan membawa keluar seorang warga emas yang terperangkap di Kampung Padang Geroda di Kuantan, Pahang. - FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah ini akibat banjir yang berpunca daripada limpahan air Sungai Belat dan Sungai Kuanyan ekoran hujan lebat sejak semalam.

PPS Dewan Kampung Seri Damai menempatkan 75 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 300 orang, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Fakeh Abd Samad menempatkan 54 keluarga dengan 239 orang. PPS ketiga, iaitu Dewan Serbaguna Kampung Jaya Gading, dibuka pada pukul 12 tengah hari tadi dan setakat pukul 2 petang menempatkan 50 orang mangsa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa, berkata, kejadian banjir di Kampung Seri Damai berpunca daripada pertemuan limpahan air Sungai Belat dan Sungai Kuantan, yang menyebabkan kawasan rendah dinaiki air dengan pantas.

Beliau berkata pemindahan mangsa dilakukan secara berperingkat seawal pagi apabila paras air meningkat mendadak, khususnya di kawasan rumah rendah.

“Keutamaan diberikan kepada golongan berisiko termasuk warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak, selain memastikan keselamatan mangsa sentiasa terjamin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN