PETALING JAYA: Lebih 13 juta pengguna menjadikan aplikasi cari jodoh dalam talian sebagai pilihan mencari pasangan hidup. Fenomena itu kini menjadi norma dalam kalangan masyarakat Malaysia, juga beberapa negara luar, terutama generasi muda yang sibuk bekerja dan kurang peluang sosial untuk bertemu pasangan. Jika dahulu proses mencari jodoh banyak dibantu keluarga seperti ibu bapa atau saudara-mara, kini tanggungjawab itu beralih kepada individu melalui platform digital. Aplikasi jodoh kini mengambil alih…










