Lapan kanak-kanak maut keracunan makanan di Ivory Coast

Lapan kanak-kanak maut keracunan makanan di Ivory Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABIDJAN: Sekurang-kurangnya sembilan maut termasuk lapan kanak-kanak, akibat keracunan makanan di tengah Ivory Coast, semalam.

Kementerian Kesihatan berkata, kejadian yang diisytiharkan sebagai ‘kecemasan kesihatan’ itu berlaku pada Jumaat di bandar Ande, wilayah Adzope, dengan siasatan kini dilancarkan.

Kes itu melibatkan wabak penyakit bawaan makanan yang menjejaskan individu dan kanak-kanak selepas mereka makan hidangan bouillie atau bubur, menurut kenyataan tersebut.

Daripada 97 kes keracunan serius yang direkodkan, sembilan mangsa disahkan meninggal dunia, melibatkan lapan kanak-kanak dan seorang dewasa.

Seorang kanak-kanak berusia bawah enam tahun dipindahkan ke sebuah hospital di ibu negara, Abidjan, manakala ‘tiga pesakit berada dalam rawatan rapi’ dan empat lagi dilaporkan stabil di Hospital Wilayah Adzope.

Pada akhir 2023, kira-kira 10 kanak-kanak meninggal dunia akibat kes keracunan makanan yang dipercayai berlaku di Bouake, di tengah Ivory Coast.

Pada Februari tahun yang sama, di sebuah kampung berhampiran, dua individu dijatuhi hukuman penjara lima tahun susulan pencemaran bakteria yang menyebabkan 16 kematian menurut laporan rasmi, dan 21 kematian menurut penduduk setempat.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN