KRW rombak pasukan, bawa masuk dua import baharu ganti Otis dan Ismael Dunga

KRW rombak pasukan, bawa masuk dua import baharu ganti Otis dan Ismael Dunga

OTIS Khan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) akan membawa masuk dua tonggak import baharu dalam usaha memperkemaskan pasukan bagi mengharungi pusingan kedua Liga A1 Semi Pro Musim 2025/2026.

Presidennya Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, dua tonggak itu akan mengisi kekosangan yang ditinggalkan oleh Ismael Dunga dan Otis Khas selepas bersetuju menamatkan kontrak lebih awal.

Katanya, langkah itu bertetapan dengan jendela perpindahan pemain kedua pemain Liga Malaysia yang bermula hari ini hingga 8 Februari depan.

“Pengunduran kedua-dua pemain ini dilakukan mengikut prosuder yang telah ditetapkan dan tidak akan memberi sebarang implikasi kepada kelab pada masa hadapan.

“Ini merupakan salah satu misi dan visi kita untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, KRW menzahirkan ucapan terima kaish kepada Otis yang telah memberikan sumbangan besar kepada proses pembentukan pasukan sejak awal musim.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, sebagai pasukan baharu beliau bangga dengan prestasi yang dicapai oleh KRW setakat ini.

Katanya, kejayaan menduduki tangga ke enam dalam carta liga dan mengumpul enam mata menjadi tonik berharga buat KRW untuk tampil lebih baik pada pusingan kedua nanti.

Ketika ini KRW FC diperkuatkan oleh pemain import Emmanuel Mbraga yang menjadi penjaring terbanyak pasukan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN